3,2,1 Cinta | 2011 |





Sam seorang gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.

Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

Director: Azhari Mohd Zain
Writer(s): Not Available
Cast: Diana Amir, Farid Kamil, Pierre Andre, Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Zila Bakarin, Ruzaidi Abdul Rahman

Release Date: June 16, 2011
Country: Malaysia
Distributor: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Official Site: Not Available
Genre: Comedy, Romance

About AlfaTube

Kumpulan Film Indonesia Terbaru semua Ada disini.. Tonton Juga Animasi dan Film Jepang Terbaru Enjoy ..........!!!!!!

About Alfa

ALIF orang tua gw kasih nama ke gw,kenapa gw di kasih nama alif…? katanya sih…karena gw anak pertama. tapi orang-orang seringnya manggil gw “alip”,pakenya “p” bukan “f”.yaaa…maklumlah gw lahir dijawa.cz lidah orang jawa susah lo bilang “ef” tetep ja kepleset jadi “ep”. Desa kuta itu tmpat gw lahir,tapi bukan kuta bali lhoooo… desa kuta adalah sebuah desa yang terletak di jateng tepatnya kec belik kab pemalang,eeeittt tapi jangan salah lho,, Selengkapnya tentang Alfa

Navigasi

Social Stuff

Info